Tidak ada kemaluan. Eh, salah! Perasaan malu...
Kenapa agaknya perempuan sekarang buruk budi pekertinya? Kenapa lelaki semakin lemah-lembut gerak-gerinya? Kenapa yang tua mahu lagak seperti orang muda? Yang muda pula, mengapa bersikap seakan-akan orang dewasa setengah abad??
Kenapa? Mengapa? Soalan ini menikam di dada.
Kejadian yang berlaku tempoh hari benar-benar membuka mataku. Sampai nak terjojol biji mata, bernana cuping telinga...
3 perempuan menaiki bas. Masih mendondonkan uniform sekolah Assumption Vocational Institute (AVI), serta mengenakan make-up yang setebal-tebal tidak. Seorang tu menyanyi dan terus menyanyi, dengan kuat. Sumbang. Kudiamkan sahaja. Yang peliknya, aku hairan mengapa bahasa kesat harus digunakan dalam perbualan mereka. Kuat pulak tu suara mereka. Bagaikan halilintar. Tiada rasa malukah mereka terhadap pakcik makcik yang berada di dalam bas?
Satu lagi peristiwa yang tidak dapat kulupakan...
"Eh, bingit si*l aku. Semalam, aku servis banyak, tapi dapat sikit je..." bla... bla.. bla.
Apa-apa yang dikatakan selepas itu oleh segolongan remaja wanita itu biarlah aku dan tunang sahaja yang tahu. Yang jelas, tentang pekerjaan mereka. Kupu-kupu malam. Kalaupun seorang gadis itu seorang pelacur, perlukah dia beritahu skop pekerjaannya itu kepada insan-insan di sekeliling mereka? Bangga sangatkah mereka dengan pekerjaan seperti itu? Mana pergi perasaan malu itu? Mana?
Gambar-gambar, klip video-klip video mengenai minah-minah tudung yang berkelakuan sumbang tersebar di sana-sini. Malah, ada beberapa orang insan yang telah menggubah lagu Minah Tudung lagi! Hahaha... lucu juga lagunya. Memang cocok. Tunangku pula memberitahu aku tentang insiden dua orang minah tudung yang dikenalinya dahulu, sedia rela dirinya itu dipegang, diraba-raba, dan.... Sama ada tunangku itu membuatnya atau tidak, aku tidak ingin tahu. Kalaupun dia buat, biarlah. Nak dijadikan guinea pigs, agaknya. Hahaha! Ok ok. Seriously, aku tak peduli. Itu kisah hidupnya sebelum aku wujud dalam dirinya. Yang jelas... Astargfirullah hal'azim. Apa nak jadi ni?
Kemana menghilangnya tingkah laku seorang gadis Melayu? Yang dikatakan penuh sopan-santun... Malu. Sungguh memalukan.
Kesemua kejadian ini telah membuka mata dan mindaku. Aku benar-benar ingin mengubah cara hidupku. Selangkah demi selangkah ke arah kebaikan demi menjadi seorang isteri yang baik untuk bakal suamiku.
Insya'Allah...








