Lama betol tak update kan??
Guess wat? Aku on MC for 2 hari. Ingat dah ok tadi pagi when I didn't rasa constant energetic movements from the princess. Rupa2nya salah dah... The movement tiba2 makin terok bila aku diri nak gi mandi, mcm orang tgh joget bhangra pat dalam. Dah, kesian mak bapak aku kena datang rumah hantar aku gi klinik bawah. There's no one at home. B and MIL baru keluar gi work. B suruh aku gi KK but for wat?? Setakat observation je. Dah 2 kali aku kena masuk tpt tu. Membosankan. Lagi baik aku gi klinik bawah, more time for me to rest. Malam takleh tido. Siang tak leh tido. Apa ni!!
Ada orang kata aku ni mcm biskut. Sekejap ada, sekejap tak ada. Haiz... yang cakap tu pulak, orang yang dah ada anak. Aku taulah yang kau tu kuat... Ataupun, mungkin kau dah lupa agaknya keadaan orang mengandung. Almaklum jelah anak kau kan dah besar-besar.
Aku ni bukan sengaja tak nak buat keje tapi badan aku dah tak larat. Macam mana nak keje kalau every night aku tak tido. Mata terbeliak mcm burung hantu. Nak pusingkan badan pun tak boleh. So, aku tidolah straight mcm pocong. Yang si kecik pat dalam ni mcm dah tak tau duduk diam. Bergerak-gerak pat hujung-hujung, rasa mcm nak terkeluar je. Aku jalan pun dah mcm penguin. Agaknya lah kan, penguin tu jalan lagi cantik!
I'm too drained! Haiz... maternity leave aku yang suppose to start next week tu, ntah dah approved ke belom. Ahh gasaklah! Aku dah tak kuasa. Sesungguhnya aku dah penat.
So, B asked "Amacam? Bila nak next one?"
Told him "Huh? Yang ni belum lepas, nak next one?? U wait long long lah..."
And my constant sighing goes on.... perhaps until lil' Mysha is out.